Lama dah tak menaip dalam blog ni. Entah ada ke tak pembaca untuk blog aku ni.
Alright, kali ni aku nak buat review untuk K-drama. Kepada yang baru nak berjinak-jinak dengan drama korea boleh la buat ni sebagai start up.
Mostly semua drama yang aku tengok berunsur family vibes or less romance. Paling penting banyak NANGES.
Eh tipula dia ni, takkan drama yang romance tak tengok kan? Hahah mestilah ada awak. Saya pun kadang2 nak fefeeling romantic, gedik2 gitewww.
But untuk content ni, aku nak review untuk drama yang dah tengok berulang kali (senang cita favourite) tapi tak pernah bosan.
Okay first ! Tantaraaaaaaaaa!
Ini lah dia. Reply 1988. Ada 20 episodes sahaja. Tak lebih tak kurang. Rasanya ramai peminat kdrama suka tengok cerita ni, dan ia juga adalah antara drama korea yang dapat rating tertinggi! So bagi yang baru nak cuba masuk ke alam menonton drama korea boleh la start dengan cerita ni. Serious best! Tak tipu weh.
Pelakon dia pun best best 100/10. Antaranya Hyeri, Park Bo-gum, Sung Do-il. Semua watak dalam ni memang memainkan peranan masing2. First2 episode tu kita rasa agak pening sebab dia cam tetiba bising sana bising sini. Tapi lama2 dah biasa sebab memang dia nak bawa feeling family. Kebanyakan cast dia sama je dengan REPLY 1997, REPLY 1994 (boleh juga kalau nak tengok ikut tahun, tapi aku rasa reply 1988 lagi best).
Emotion dalam cerita ni, haih taktahu nak kata apa. Drama ni memang mainkan perasaan kau. Aku time first episode dah nangis weh. Sebab rasa kena dengan jiwa raga diri sendiri. *Eh lebih lebih pula you alls. Walaupun situation in real life kamik tak sama. Haa kalau nak rasa, nak tahu, kena tengok la awaknya.
Okay kenapa pula title dia Reply 1988? Apa kena mengena dengan tahun tu?
Nak dijadikan cerita, producer drama ni buat satu drama yang flashback balik zaman time tu. Macam tahun 90an, gaya orang time tu cana, pakai style rock, lagu Awie, Search haa camtu.
Jadi dia bawa balik kita kembali pada zaman dorg time dekat Korea. Waktu 1988 tu pun Yoo Jae suk baru nak naik jadi comedian semua tu. Memang time tengok cerita ni kita dapat rasa mcm mana orang Korea hidup zaman tu.
Plot cerita dia pula nak bagi ringkas, tentang 5 keluarga ni duduk dalam satu kawasan kejiranan Ssangmundong, Seoul . Kawasan perumahan tu, ada satu geng budak, 4 orang lelaki + sorg perempuan. Jadi dalam 5 orang ni, nanti drama ni tunjuk la setiap kisah family budak2 kat sini. Yang pasti mesti la ada kisah cinta. Hihi ni antara sebab aku suka juga cerita dia.
Lagisatu, setiap cerita Reply ni, dia akan buat flashback, so kita akan start dengan orang yang zaman sekarang ni dah besar pastu kawin dengan seseorang. Bila dia flashback tu, kita kena teka siapa perempuan tu kawin. Haa tu yang buat lagi best. Banyak la kita teka2 siapa yg dia kahwin tapi salah. Nak taknak kena tengok sampai habis.
Rasanya tu je kot. Sebab kalau cerita banyak mcm dah jadi spoiler.
Anyways, aku recommend cerita ni untuk korang yang belum tengok lagi. Jangan lupa sediakan tisu tau. Hahaha. Okie bai.
Next content aku akan update review untuk cerita favourite aku juga, Its Okay Thats Love.
Boleh juga request nak review cerita apa, just komen je dekat bawah ni. Oh kalau rajin, share la blog ni sekali. Thankyou. ♥
hi akak , saya nak tanya pasal sains maritim , so for now , akak dah berkerja atau still belajar di ukm ye ? actually berapa banyak kos untuk 8 sem and relevan ke sekarang ni saya as student spm , ambil corse ni lepas masuk asasi or matriks , and actually apa yang kita kena ambil masa belajar di matriks or asasi ?
ReplyDeleteakak boleh email dekat saya for my question ridwanaahmad29@gmail.com
ReplyDelete