Saturday, 18 July 2020

Reply 1988 ♥ ♥ ♥

Hello K-drama lovers and peminat saya

Lama dah tak menaip dalam blog ni. Entah ada ke tak pembaca untuk blog aku ni. 

Alright, kali ni aku nak buat review untuk K-drama. Kepada yang baru nak berjinak-jinak dengan drama korea boleh la buat ni sebagai start up.

Mostly semua drama yang aku tengok berunsur family vibes or less romance. Paling penting banyak NANGES. 

Eh tipula dia ni, takkan drama yang romance tak tengok kan? Hahah mestilah ada awak. Saya pun kadang2 nak fefeeling romantic, gedik2 gitewww. 

But untuk content ni, aku nak review untuk drama yang dah tengok berulang kali (senang cita favourite) tapi tak pernah bosan. 

Okay first ! Tantaraaaaaaaaa! 


Ini lah dia. Reply 1988. Ada 20 episodes sahaja. Tak lebih tak kurang. Rasanya ramai peminat kdrama suka tengok cerita ni, dan ia juga adalah antara drama korea yang dapat rating tertinggi! So bagi yang baru nak cuba masuk ke alam menonton drama korea boleh la start dengan cerita ni. Serious best! Tak tipu weh. 

Pelakon dia pun best best 100/10. Antaranya Hyeri, Park Bo-gum, Sung Do-il. Semua watak dalam ni memang memainkan peranan masing2. First2 episode tu kita rasa agak pening sebab dia cam tetiba bising sana bising sini. Tapi lama2 dah biasa sebab memang dia nak bawa feeling family. Kebanyakan cast dia sama je dengan REPLY 1997, REPLY 1994 (boleh juga kalau nak tengok ikut tahun, tapi aku rasa reply 1988 lagi best). 


Emotion dalam cerita ni, haih taktahu nak kata apa. Drama ni memang mainkan perasaan kau. Aku time first episode dah nangis weh. Sebab rasa kena dengan jiwa raga diri sendiri. *Eh lebih lebih pula you alls. Walaupun situation in real life kamik tak sama. Haa kalau nak rasa, nak tahu,  kena tengok la awaknya.

Okay kenapa pula title dia Reply 1988? Apa kena mengena dengan tahun tu?

Nak dijadikan cerita, producer drama ni buat satu drama yang flashback balik zaman time tu. Macam tahun 90an, gaya orang time tu cana, pakai style rock, lagu Awie, Search haa camtu. 

Jadi dia bawa balik kita kembali pada zaman dorg time dekat Korea. Waktu 1988 tu pun Yoo Jae suk baru nak naik jadi comedian semua tu. Memang time tengok cerita ni kita dapat rasa mcm mana orang Korea hidup zaman tu.

Plot cerita dia pula nak bagi ringkas, tentang 5 keluarga ni duduk dalam satu kawasan kejiranan Ssangmundong, Seoul . Kawasan perumahan tu, ada satu geng budak, 4 orang lelaki + sorg perempuan. Jadi dalam 5 orang ni, nanti drama ni tunjuk la setiap kisah family budak2 kat sini. Yang pasti mesti la ada kisah cinta. Hihi ni antara sebab aku suka juga cerita dia. 

Lagisatu, setiap cerita Reply ni, dia akan buat flashback, so kita akan start dengan orang yang zaman sekarang ni dah besar pastu kawin dengan seseorang. Bila dia flashback tu, kita kena teka siapa perempuan tu kawin. Haa tu yang buat lagi best. Banyak la kita teka2 siapa yg dia kahwin tapi salah. Nak taknak kena tengok sampai habis. 

Rasanya tu je kot. Sebab kalau cerita banyak mcm dah jadi spoiler. 

Anyways, aku recommend cerita ni untuk korang yang belum tengok lagi. Jangan lupa sediakan tisu tau. Hahaha. Okie bai.

Next content aku akan update review untuk cerita favourite aku juga, Its Okay Thats Love. 

Boleh juga request nak review cerita apa, just komen je dekat bawah ni. Oh kalau rajin, share la blog ni sekali. Thankyou. ♥



Sunday, 29 October 2017

FIELDWORK DI PULAU TIOMAN

Salut d'amour,

     Some of you maybe came from the latest post or maybe not, but today saya nak cerita dekat you guys mengenai pengalaman saya semasa di fieldwork. Yang belum tahu tu , let me introduce a little bit of myself , saya AIDA one of the mariners in UKM.

     Awal awal baru je masuk first sem , kami dah kena pergi fieldwork. Tarikh keramat 16 haribulan September. FUHH mmg eksaited you allz.





   Sebelum tu ofcos kena ada taklimat pasal bayaran barang semua yg nak kena beli. Bayaran nak pergi ni trip dalam RM 200 lebih juga la. Tak termasuk kos baju semua. Ambil kos ni mmg kena fikir dua kali sbb paling bnyk keluarkan duit.

   Pada hari yg dinanti nantikan , kami bergerak pada pukul 11 malam . Perjalanan dari Bangi ke Johor mengambil masa 7 jam. Lama duduk dlm bas. Tidur tak lena sbb sejuk nak matey .

   Trip ni sgt memenatkan sbb you guys akan mengangkat barang yg bnyk gila. Nanti korg faham la maksud aku. Mmg dpt otot weh masa masuk kos ni.

  Masa ni kiteorang angkat barang masuk boat but first let me take a selfie.



Lawa kan pemandangan dia ?  This shot was taken from my buddy . Her name is Puteri but she prefer to call her Put. Put her name into ur heart. Cewah.




Dah angkat barang semua , kiteorang berangkat ke Jeti Mersing untuk qqnaik feri. Ambil masa 2 jam juga lah nak sampai ke Pulau Tioman. Dah sampai jeti tu , kiteorang naik feri. Tidur terus weh hahah. Heheh , tgk ni muka kepenatan classmate aku.




   Ooppsie , one of them ada lecturer saya. Sorry prof.


      Akhirnya dah smpai ke Pulau Tioman. Banyak aktiviti yang kami buat kat sini. Belajar berenang since kiteorang kena amik lesen diving. So first step belajar snorkeling semua. Pergi sini bukan nak bercuti , tapi ada lab report nak kena buat. Kena cari 50 species vertebrates and invertebrates. 










     Time ni kiteorang pusing satu pulau , seronok betul muka masing masing. Kiteorang time ni tak kenal sgt diri masing masing. Tapi sejak pergi fieldwork ni mmg rapat tu lain mcm. Semua perangai gila gila cam aku. 35 orang dari seluruh Malaysia kecuali Perlis. Tak racist pun la, tapi mmg takda anak Perlis dlm kelas.






     Ni macam pondok saveguard. Lawa kannnnnnnnnnnn ? Yg pegang fon mcm retis tu nama dia PIJA. Budak lipsetik.






Ni keadaan kat pantai, time ni air surut lagi tapi sebenarnya kalau air pasang , colour dia jernih sgt sgt. Mmg best tau.







Time ni lab class. Dah malam dah pun. Muka yg lain kepenatan sbb pagi tu kelas snorkeling. Lama gila dari pagi sampai petang duduk dalam laut je. Berjemur kena sun-kissed. 











Haa ni 4th days kat sana. Kiteorang pergi jalan belah dalam Pulau pula. Makan minum sesama. Gambar banyak sebenarnya. Tapi kalau tunjuk semua tak fun la en? Biar korang merasainya diri sendiri.













































Saturday, 28 October 2017

UKM SAINS LAUT

Hai readers !

      Bertemu kembali bersama saya dalam #keepingupwithaida. Hahah acah je mamat ni. Okay okay back to title. Dah lama weh tak update blog ni sejak masuk U. Alhamdulillah dapat masuk UKM. Mmg tak sgka. Nak diceritakan banyak benda yg tak disangka berlaku. Tapi panjang sgt la. Takpa nanti I cerita kat you allz . Tgk la dkt tepi belah kanan ada tak cerita mcm mana boleh masuk ukm.

       Ya saya tahu anda yg memasuki laman blog saya ni cuma nak tahu apa itu sains laut kan ? Tak sabar sabar la awak ni. So let me tell you WHAT IS SAINS LAUT ?

        SAINS LAUT yg dimaksudkan sama mcm bio marin. Ramai prefer nak masuk UMT, sebelum tu pun ada mohon kat sana , tapi delete sbb jauh sgt. I org keyel , takut nak pergi jauh jauh.

Pastu apa silibus yg ada dlm sains laut tu ek ? Haaa dia ada banyak subject bio for first sem. Serious tak tipu. Tapi jgn risau , kalau korg minat, mmg kacang je.

       Masalahnya aku ni bukan budak bio. Aku budak fizik , budak math otak Einstein. Orang panggil aku Einstein jr. Nak penambah manis dlm cerita ni lagi , aku tak pernah ambil bio. So aku tak tahu mcm mana strugglenya budak bio belajar subjek ni.

       Siap tanya Encik Google, ada ke yang masuk Sains Laut ni without any skills and knowledge about bio ? Struggle en? Mmg la nak ambil degree kot , mana boleh main main. Lagi satu , syarat nak masuk course ni either you have Bio or Physic. Aku budak matrik KMNS modul 2 mmg takda bio la jawabnya but still lepas. Buktinya aku sekarang ni tgh amik course ni.

Muka berseri. Guna lah SYAHIRAH. 
     

         Oh lupa nak bagitahu awal awal , kalau yg mmg jenis care pasal penjagaan muka , hmm takyah ambil la sbb muka korg mcm kuali nnti. Hahah. Tapi yg bestnya , you guys dapat pergi belajar sambil melancong. Sebab setiap sem korg akan pergi fieldwork. My first fieldwork dekat Pulau Tioman. Ni pun aku cerita nnti. Boleh baca nnti. Jangan lupa tgk !





Muka eksaited nampak lubang hidung ku yg mahal plus muka gelap cam black mamba.


        Lecturers semua best best. Sebab org yg selalu pergi pulau kan? Perangai selamba santai je. Tapi we as a student should give them some respect. Dah buat baik jgn baling taik pula. Senior pun best belaka. Nanti kalau u dapat , cari la kak Aida anak salleh ni. Nampak garang tapi ayu gituuu.




Hmm nak cerita apa lagi eh? Takda idea la pula . Takpelah , awak semua nanti comment kat bawah. I will answer all ur question. Boi :*


                                                             Preview for FIELDWORK











Wednesday, 20 April 2016

TIPS UNTUK MENGHADAPI SPM.



Assalammualaikum readers , sihat tak ? Orang yg baca ni mesti tengah pening and tak tahu cana nak prepare SPM kan ? Yes ! Tahniah anda telah berjaya melepasi LEVEL 1.  Tepuk tangan untuk diri sendiri sikitt. Wuhuuu ! 



Errr .. ? Tetiba je akak ni ~(-..-)~



Hish buat muka blur pula. Bila korg sibuk fikir pasal SPM , secara tak langsung otak korg akan fikir cara nak dapat gred yg bagus. Betul tak ? Tak fhm ? Aku pun tak faham . Hahaha . Biarlah . Kita focus on the topic okay ? Hoho. 



Okay , kalau ikutkan dekat sekolah dah bagitahu pasal ni semua , tapi korg still blur and tak tahu cara nak start. Bukan tak tahu tapi malas. Hahah. Okayokay sorry . Gurau je. Tapi betul apa , sbb cikgu dah banyak kali terangkan , lagi lagi guru kaunseling korg. Cikgu mana taknak anak murid dia berjaya kan ? 



Common tips ataupun tips yg dah biasa cikgu ckp :



1.STUDY

2.STUDY
3.STUDY
4.ULANGKAJI



Banyak lagi sebenarnya , tapi malas nak taip banyak banyak . Ye aku dah guna cara tu . Tapi bosan weh sbb benda sama je. And takda perkara specific yg kita nak buat.



Biar aku share tips aku. Tapi sebelum tu , korg dah mandi ke belum ? Dah makan ? Settle kan semua benda , so takdelah nanti tergendala bila kau baca. Baru syok nak fokus kat satu tempat. 




First ! Paling penting dalam hidup , TETAPKAN CITA CITA KAU. Ye aku tahu , ada segilintir dari korg still tak tahu nak jadi apa . Korg main belasah je nak jadi apa. Ada yg nak jadi doktor tapi kelas akauntan. Ada yg nak jadi tu tapi kelas mcm ni. Bagi aku kalau ada rezeki Alhamdulillah . Tapi aku share tips ni bukan untuk org yg mampu je , tapi ada segilintir manusia yg kat luar tu rasa diri dia susah nak dpt apa yg dia nak. So please pastikan kau check balik , boleh tak kau capai cita cita if subjek yg kau belajar skrg ada kena mengena dgn cita cita kau. Kalau boleh takda masalah. InsyaALLAH dipermudahkan. Aamiin.



Tips yg kedua , aku nak kau tgk link ni :



https://online.mohe.gov.my/upu/emas/index_epanduan.php




pastikan kau buat mcm ni . 








Okay dah ? Pastu , korg klik  "MASUK".  Nanti korg nampak ni pulak . Buat kategori A , universiti tgk la yg mana bagus , aliran Sains or sastera ikut masing masing. Jangan yg kelas seni amik Sains pulak. Beza dua dua tu. Buat semua fakulti. Oh lupa pasal universiti . Yg tu korg gogel sendiri kay ? Tanya la mak ayah kakak abg adik , haa siapa lagi aku nak taip ? Pandai pandai la korg . Dah besar kan ? Hihi , kotak komen kan ado.







Mesti korg pelik apa kena mengena kan ? Okay biar aku bagitahu kenapa. Dengan cara ni , minda korg boleh terbuka luas. Cuba korg tgk , apa yg korg nmpk. Contoh kalau aliran sains , nak ambil bidang kejuruteraan , universiti tu target berapa A , berapa B . Setiap bidang yg korg nak , dia akan mintak gred SPM yg perlu ada. So dengan cara ni senang sikit korg nak target. Lagi sekali jangan salah faham ye. Aku bukan kata tak boleh dpt result SPM straight A+ , ni cuma tips yg aku nak sharekan , supaya beban yg korg tanggung rasa ringan. Terpulang dkt kau . Ni choice kau . Aku tak paksa. If kau rasa kau boleh dan yakin result SPM kau straight A+ , teruskan , jgn berhenti berusaha .

Next , yg ketiga.  BERUSAHA , BERDOA , dan TAWAKAL. Tiga tiga ni penting, tak kira agama, semua agama ada cara sendiri untuk berdoa. Semua orang ada cara sendiri nak berusaha. Takda benda yg kita nak dpt , akan dpt terus. "Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang"
And kalau tak dpt apa yg kau nak , tawakal dan berserah kepada tuhan kita. Semua yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Itu jela yg aku nak share kan dkt korg . Tak banyak pun. Ni pengajaran yg aku dpt selepas SPM. Bersyukur weh , tuhan bagi kau peluang nak berjaya. Seeloknya kalau korg nak bagi mak ayah korg senang , and hidup kau senang , kalau boleh , A+  la semua. Orang sekarang bijak bijak belaka. Susah nak dpt biasiswa skrg ni. Kata nak hidup senang , kena la usaha lebih sikit.

Jangan lupa share kan dkt kawan tips ni . Ni untuk form 4 and form 5. Aku bantu kau , kau bantu orang lain. Sama sama dapat pahala. Thankyou sbb baca. Aku doakan korg berjaya dunia akhirat . Assalammualaikum.


Tuesday, 19 April 2016

SPM 2015 :) *PART 3

 ****

Yang lain pun bnyk tanya berapa aku dpt . Aku ckp okay je . Time ni aku tak reti bersyukur lagi. Tapi lepas tgk semua org punya result , aku mmg bersyukur gila and baru sedar selama ni doa aku mmg termakbul . Allah Maha Besar . Sepanjang aku berdoa , aku selalu minta result aku nak A dan B je . Sekali tu yg aku dpt . Korg pernah tak lepas amik ujian korg dah boleh agak korg boleh dpt berapa ? Ada dekat hati kecil kau , kau dapat rasa kau dpt ni dpt tu . Bukan nak kata apa , tapi sejak UPSR PMR semua yg aku rasa akan dpt berapa A berapa B betul. Maybe aku dah niat akan dpt tu.

Hari pun berlalu , time time mcm ni la , semua kenalan sedara kau , kawan kau yg dah lama tak jumpa and dah lama tak chat , mula tnya kau pasal result. Seriously aku rasa benda ni annoying. Perlu ke ? Bila aku bagitahu aku dpt berapa , ada yg mcm "waahhh okaylah tu ", walapun aku rasa dia terpaksa ckp mcm tu sbb nak jaga hati aku. Lagi satu bila result aku lagi tinggi , terus mcm benci aku . Wtfish man , apa salah aku ? Kau yg tanya , kau yg sodeh . Yg aku ckp ni bukan untuk kenalan rapat .

Banyak pengajaran yg aku dpt time lepas SPM.

Adik adik yg bakal menghadapi spm , mmg time ni korg rasa takda apa , tapi bila dah kena , baru mcm , "ehh betullah cikgu ckp , betullah mak aku ckp " sesiapa jela . Susah susah dahulu bersenang senang kemudian. Letak prinsip ni dalam hidup korg . Nanti lepas SPM takda sapa nak bantu kau , sbb result yg kau dpt ni mmg berguna untuk masa dpn korg. Ye aku tahu , SPM tak menjamin masa dpn korg , tapi SPM ni satu perkara yg penting untuk memulakan kehidupan korg. Percayalah ckp aku. Kalau korg belajar okay okay je , result korg pun okay okay jela .

Habis dah part untuk SPM 2015. Lepas ni aku nak share pulak pasal LEPAS SPM AKU BUAT APA.

SPM 2015 :) *PART 2

*******

Hari result SPM


Aku pun bangun . Orang lain datang pukul 10 . Aku dgn yg lain janji pukul 11 30. Nak tunggu pukul 11 30 , mmg pedih. Bekeroncong perut aku ni. Then aku get ready mandi pakai baju semua , Aku call my brother suruh amik sbb dia janji nak teman aku amik result . Tiba tiba kawan aku call dia dah ada kat lrt. Alang alang dlm kereta , aku ambil la dia. Last last sampai sekolah pukul 12 lebih.

Okayy , dah ada dpn pagar sekolah ni . Nak masuk ke taknak ? Nak masuk ke taknak ? Dengan bismillahhirrahmanirahim bersama langkah kaki kanan , aku pun masuk . Aku dgn kawan aku , sama sama pergi dewan . Dekat situ ramai kawan kawan aku berkumpul. Nak hai dorg tapi tak terkata . Kiteorang abaikan sbb yelah nak ambil result SPM wehhh ! Takda masa nak pandang org lain. Rasanya kami orang yg terakhir . Sbb semua meja kelas lain dah ditutup.

Dekat meja kelas kiteorang , 5 UMAR , teacher Finn duduk sambil senyum dkt kiteorang. Elok pulak ada dua kerusi dpn meja teacher. So kami pun duduk sebelah menyebelah. Teacher tanya sapa dulu yg nak ambil. Aku ckp DIA la dulu. DIA pun okay je. Hmm masa dlm kereta tadi DIA ada bgtahu aku yg mak dia dah tahu result dia berapa sbb check pakai sms. So dia tak expect yg tinggi tinggi . Sorry result dia aku taknak bgtahu tapi Alhamdulillah lulus. Afterthat , it was my turn to take the result. Wuushh masa amik taknak pandang . Bila dpt , dari atas sampai bawah aku nampak bnyk A , and then B B B . Aku tgk sekilas pandang je. Takut nak pandang . Pastu cikgu kimia aku , Mama Lin and teacher finn kata "Sikit je lagi Aida , sikit je lagi. Sayang dpt B+ kalau tak dah boleh naik pentas. Aku pun berhuhuhu. Aku dpt 4A 5B . Syukur Alhamdulillah .

Actually sebelum masuk dewan lagi , kawan aku dah spoil kan aku. Kuajar diorang ni. Masa nak masuk dorg jerit "Weh Aida kau dpt 4A 5B !" Aku fikir dorg main main , sekali betul. Efyu man . HAHAH. Lepas keluar dewan aku terus bgtahu abg aku , then jumpa kawan kawan aku , and call mak aku .

Haa sambung Part 3.

SPM 2015 :) *PART 1

         Assalammualaikum semua , dan salam sejahtera kepada yg bukan islam. Amboi dah mcm berucap time dkt perhimpunan. Harini aku nak share sikit pengalaman selepas ambil result spm. Hmm dah 2 bulan aku tak buka blog ni. Hahah . Bukan malas tapi sejak akhir akhir ni aku banyak fikir pasal masa depan aku .

Mesti korg nak tahu result aku berapa en ? Takpa nanti aku bagitahu. Bagi aku cerita dekat hangpa semua naaa .

Sehari sebelum ambil result , berpuluh dozen manusia mula tunjukkan rasa gementar dorg dkt fb , insta , tumblr , twitter and mcm mcm la yg sebangsa dengannya. Ada yg mcm ...



"Eh relax la spm je kot "

"Ya Allah , kau tenangkan lah hatiku ini untuk menghadapi hari esok " *baik kau solat . hoho (^..^)

"Tak sabarnya nak amik result esok! "



Macam macam la ragam dorg. Yg aku pula , kecut perut gila , asyik loya , nak muntah pening semua. Like org mengandung . Sebab ni simptom aku bila nervous. Aku and geng aku borak kat ws je . Tak main ah hashtag hashtag ni . Acah je aku ni . Waktu malam tu semua group yg bersarang berhabuk berabu kembali bersinar sbb SPM punya pasal. Hahaha.




"WEHHH RESULT SPM ESOK DOHHH ! " 

"TAKNAK DATANG "

"sapa nak join tutup muka dgn plastik ? "


Lagi takleh bla , ada setengah kawan aku tutup fon . Hahaha . Awat hang kalut sgt mamat. Mamat bukan nama dia . Saje je.

So lepas malam tu , kiteorang semua tidur. Time tu setahu aku , aku takleh solat . Ada yg solat jeles weh . Doa jela bnykbnyk mintak ketenangan pada hari esok.


Okay kita sambung part 2 :D